Kuasai
Pelbagai Jenis Ilmu Keperwiraan, Zahir Dan Batin.. Dalam
Tempoh 30
HARI
Dari Sekarang !! Tidak Perlu Berguru, Tidak
Perlu Ke Gelanggang Bertahun-Tahun Lamanya Kerana..
Semuanya
Ada Di Sini !!
"Tidak
perlu merantau ke seluruh pelosok benua, semata-mata mencari
guru yang mahir dan mengorbankan masa anda yang beharga.. kerana anda
sendiri
mampu melakukannya dengan MUDAH DAN CEPAT !!"
* *
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
.
KOLEKSI
SENI WIRAWAN
Miliki
kitab-kitab (kini dalam bentuk ebook) "Koleksi Seni Wirawan" yang begitu
istimewa dan luar biasa daripada kami. Meliputi pelbagai tajuk yang
SUKAR DITEMUI DAN JARANG DIDENGAR.
PENGENALAN
KOLEKSI SENI WIRAWAN
Koleksi
Seni Wirawan merupakan himpunan
19 kitab-kitab yang amat jarang sekali didedahkan yang seterusnya
dikumpulkan
menjadi satu dan dinamakan “Koleksi Seni Wirawan”.
Ia merupakan satu koleksi
kitab-kitab yang sukar ditemui dan jarang didengar.
19
kitab yang sedia ada (kini dalam
bentuk ebook) adalah ditulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis
sendiri semasa
mudanya serta kajian dan study yang dilakukan ke atas orang-orang yang
berpengalaman, kitab-kitab kuno, catatan-catatan persendirian dan
seumpamanya.
Dengan
lain perkataan, tajuk-tajuk yang terdapat di dalam
Koleksi Seni Wirawan ini merupakan adaptasi daripada pengalaman,
catatan-catatan penulis sendiri (sejak sekitar tahun 1989) serta
kajian (study) yang
beliau lakukan di sepanjang tempoh penglibatan beliau. Versi yang anda
lihat
sekarang adalah versi-versi yang telah diteliti dan lebih sesuai untuk
didedahkan. Mana-mana yang tidak harus menjadi pengetahuan umum telah
dikeluarkan (delete) daripada menjadi isi kandungan kitab-kitab
tersebut.
Koleksi
Seni Wirawan mula-mula ditulis pada
tahun 2005 dengan tajuk pertama yang ditulis adalah Ribuan Petua Tradisional,
Ilmu
Pengasih dan Ilmu Pemanis.
Namun, 18 daripada 19 tajuk yang sedia ada (kecuali Seni
Beladiri) telah siap sepenuhnya pada tahun 2006 dan versi yang
ada
sekarang sebenarnya adalah versi ketiga iaitu pembaikan daripada versi
kedua
yang telah disiapkan pada tahun 2007.
SEJARAH KOLEKSI
SENI WIRAWAN
Dengan usia yang
semakin
meningkat, seorang hamba Allah berfikir di dalam hati..
- "Apakah kesudahan
terhadap ilmu pengetahuan yang ada di dalam diri?".
- "Apakah tiada
pewaris kepada segala ilmu-ilmu kebatinan, spiritual, beladiri yang
selama berpuluh tahun cuba dikuasai?".
- "Apakah
segala-galanya akan pupus.. bersama dengan kematiannya nanti? Suatu
kematian.. yang akan membawa bersama pupusnya ilmu-ilmu tersebut.."
- "Apakah kesudahan ilmu-ilmu pengetahuan
tersebut?"
Memandang
ke dalam bilik, di suatu sudut
terdapat sebuah rak untuk menempatkan buku. Rak yang dipenuhi
dengan kitab-kitab lama, catatan-catatan peribadi orang-orang
perseorangan, pemberian para guru yang pernah menjadikannya anak murid
dan seumpamanya.. malah di situ juga ditempatkan catatan-catatan
persendirian beliau sendiri yang mula dihimpunkan sejak zaman remaja
lagi, dinaskahkan dengan kemas walaupun semakin hari menjadi lusuh.
Kitab-kitab lama tulisan tahun 50-an, 60-an, 70-an.. yang sehingga kini
tidak diterbitkan lagi. Naskah-naskah jawi kuno dengan bahasa-bahasa
lama juga tersimpan di situ. Di sebuah rak buku, yang bukan cuma buku @
kitab @ naskah bagi pemiliknya.. namun lebih kepada gambaran "siapa
empunyanya".
Di sudut yang sama pula, tersimpan beberapa buah kotak dan beg-beg lama
yang juga semakin lusuh dan berdebu. Di dalamnya pula tersimpan
pemberian-pemberian orang perseorangan, pelbagai tanda mata daripada
beberapa bekas guru yang sebilangannya telah pun meninggal. Tangkal
azimat, minyak doa mentera pelbagai jenis, batu permata, keris, senjata
lama.. malah juga tersimpan satu dua benda yang agak ganjil..
penemuan jauh dari logistik. Hmm.. siapa akan memahaminya? Tiada siapa
yang akan memahaminya.. jika mereka sendiri tidak "mendalami". Sedar
dengan perubahan zaman, perubahan ke arah arus pemodenan.. tiada lagi
orang melihat akan ilmu pengetahuan serta amalan seperti itu. Biarlah
ia begitu...
Sejak beberapa lama, hamba Allah tersebut sering memikirkan perkara
yang sama. Hari silih berganti.. masa terus beredar, akhirnya..
keputusan telah dibuat.. beliau akan 'menulis'. Menulis dan mencurahkan
segala-galanya yang diketahuinya di dalam setiap tulisannya. Maka, pada
tahun 2005 bermulalah tugas tersebut.
"Tugas" adalah kurang tepat untuk menggambarkan apa yang beliau lakukan
kerana apa yang beliau rasakan sebenarnya ia "sesuatu yang telah sedia
ada".. yang selama ini memang dilakukan. Ya! Malah selama ini pun
beliau melakukannya.. sejak zaman remaja lagi.. sejak mengenali "dunia"
tersebut.., kecuali kali ini ia (ilmu pengetahuan tersebut)
ditulis di atas kertas dan dibukukan untuk tatapan umum.. bukan lagi
cuma ditulis di atas kertas dan dijadikan nota untuk
rujukan diri sendiri dan
di simpan di dalam hati. Perbezaannya, dahulu ia adalah untuk diri
sendiri sahaja, namun kini ia adalah untuk ditinggalkan kepada
anak-cucu-cicit, generasi akan datang serta tatapan umum. Jika
tujuannya untuk
meninggalkan/ mewariskan segala-galanya, maka tentunya yang dituliskan
itu meliputi segala-galanya. Harapan beliau adalah, agar tiada satu pun
tertinggal untuk dibukukan.
Pada lewat tahun 2005, 3 buah manuskrip telah siap ditulis iaitu ( Ribuan Petua
Tradisional, Ilmu Pengasih dan Ilmu Pemanis).
Sementara 16 buah manuskrip lagi masih dalam penulisan. Penulisan
diteruskan, sehinggalah pada awal tahun 2006 sebanyak 18 manuskrip
Koleksi Seni Wirawan telah pun disiapkan (kecuali manuskrip Seni Beladiri).
Seni Beladiri adalah manuskrip yang terakhir sekali disiapkan di
antara manuskrip-manuskrip sedia ada memandangkan isi kandungannya
memerlukan kebolehan untuk melukis teknik-teknik yang diajarkan.
Pada mulanya, tujuan manuskrip-manuskrip tersebut ditulis dan
seterusnya dinaskahkan menjadi kitab-kitab Koleksi Seni Wirawan
adalah untuk simpanan @ amalan anak-cucu-cicit sahaja. Jadi, segala
ilmu pengetahuan berkaitan semuanya disimpan di dalamnya.. Tanpa
meninggalkan satu pun yang diketahui pada waktu itu. Namun, versi
pertama tidak begitu sesuai untuk bacaan umum. Jadi, ulangkaji telah
dilakukan.
Para saudara dan rakan-rakan seperjuangan ketika itu (termasuk
jurulatih-jurulatih beladiri) yang berminat boleh memilikinya asalkan
tidak disalahgunakan. Daripada saranan merekalah kitab-kitab tersebut
cuba diterbitkan. Pertengahan tahun 2006, isi kandungan setiap kitab
tersebut telah ditapis semula agar lebih sesuai untuk bacaan umum.
Setelah selesai, 2 tajuk kitab iaitu Ilmu Pengasih
dan Ilmu Pemanis
telah dipilih untuk cuba diterbitkan. Namun, nampaknya setakat ini (di
Sarawak) tiada seorang penerbit pun yang berani menerbitkan tulisan
ilmiah berupa amalan-amalan lama seperti itu.
Hmm.. namun matlamat asal adalah untuk ditinggalkan kepada
generasi akan datang.. jadi, kitab-kitab tersebut diedarkan juga
melalui kiriman pos (mail order). Ketika itu, sambutan adalah begitu
menggalakkan untuk beberapa tahun pertama sehinggalah kos pengiriman
dan setem dinaikkan oleh pihak pos sehingga 75%. Seterusnya memaksa
penulis mengedarkannya melalui internet. Jadi, untuk tahun 2009,
kitab-kitab tersebut telah di-review semula agar lebih sesuai
(menjadikannya versi ke-3) dan akhirnya dijadikan ebook-ebook
sebagaimana yang ada sekarang. Kitab-kitab (kini dalam bentuk ebook) Koleksi Seni Wirawan yang
begitu istimewa.
* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * *
KOLEKSI
SENI WIRAWAN
PAKEJ-PAKEJ
ISTIMEWA
PAKEJ 1: PAKEJ RAHSIA PENDEKAR ( RM65
)

PAKEJ 2: PAKEJ DUNIA KEDUKUNAN ( RM45
)

PAKEJ 3: PAKEJ RAJA PENGASIH ( RM45
)

PAKEJ 4: PAKEJ PETUA WARISAN ( RM30
)

PAKEJ 5: PAKEJ JURUS LARANGAN ( RM20
)

* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * *
TAJUK-TAJUK
SEDIA ADA
( RM35
)
( RM30
)
( RM40
)
( RM30
)

( RM30
)
( RM30
)
( RM25
)
( RM20
)

( RM20
)
( RM30
)
( RM25
)
( RM15
)

( RM25
)
( RM15
)
( RM10
)
( RM20
)

( RM15
)
( RM10
)
( RM05
)
* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * *
KOLEKSI SENI
WIRAWAN SECARA UMUM
Koleksi
Seni Wirawan
meliputi 19
ebook kesemuanya (setakat ini) iaitu meliputi tajuk-tajuk berikut:-
- Ilmu Batin Pahlawan
- Ilmu Kedukunan
- Ilmu Pengasih
- Ilmu Pemanis
- Ilmu Penunduk
- Ilmu Kebal
- Petua Dan Amalan
Penguat Tenaga Batin
- Petua Dan Amalan
Kecantikan Diri
- Ribuan Petua Tradisional
- Seni Beladiri
- Bina Badan
- Menentang Haiwan Buas
- Menentang Sihir Dan
Makhluk Ghaib
- Penawar Racun
- Gimbar Ghaib
- Pandangan Makrifat
- Pembinasa
- Penggerun
&
- Halimunan
* Penerangan
ebook-ebook di atas
terdapat di setiap halaman tajuk masing-masing.
Berdasarkan
19 tajuk yang sedia ada,
Koleksi Seni Wirawan telah dibahagikan kepada 5 pakej utama iaitu:-
- Pakej Rahsia Pendekar :-
i) Seni Beladiri
ii) Ilmu Batin Pahlawan
iii) Ilmu Kebal
iv) Bina Badan &
v) Menentang Haiwan Buas
- Pakej Dunia Kedukunan :-
i) Ilmu Kedukunan
ii) Menentang Sihir Dan Makhluk Ghaib
iii) Pandangan Makrifat &
iv) Penawar Racun
- Pakej Raja Pengasih :-
i) Ilmu Pengasih
ii) Ilmu Pemanis &
iii) Ilmu Penunduk
- Pakej Petua Warisan :-
i) Ribuan Petua Tradisional
ii) Petua Dan Amalan Penguat Tenaga
Batin &
iii) Petua Dan Amalan Kecantikan Diri
- Pakej Jurus Larangan
:-
i) Gimbar Ghaib
ii) Pembinasa &
iii) Penggerun
* Penerangan
pakej-pakej di atas
terdapat di setiap halaman tajuk masing-masing.
* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * *
SIAPA YANG PATUT
MEMILIKI KOLEKSI SENI WIRAWAN INI?
Ebook-ebook
yang terdapat di dalam Koleksi Seni Wirawan
ini adalah untuk:-
1. Guru-guru atau
jurulatih-jurulatih (instruktor) seni
silat (baik di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura atau di
mana jua mereka
berada) yang ingin menambah ilmu
di dada dan sanggup membuka minda untuk
menerima ilmu-ilmu pengetahuan berkaitan (kependekaran, kebatinan dan
seumpamanya) walaupun ilmu-ilmu
pengetahuan yang akan disampaikan adalah dari cabang atau rumpun seni
silat yang
lain.
2. Ahli-ahli beladiri lain
(selain daripada seni silat) yang
ingin memahami dan menguasai
ilmu-ilmu pengetahuan tersebut (kependekaran, kebatinan, dan
seumpamanya) dan sanggup
berfikiran terbuka untuk mengetahuinya.
3.
Para pengamal
pengubatan secara batin, spiritual atau tradisional (pawang,
dukun, manang, shaman atau pengamal pengubatan kaedah spiritual yang
lain) baik di mana mereka berada yang ingin menambah ilmu di dada dan sanggup
membuka hati dan minda untuk menerima ilmu-ilmu pengetahuan berkaitan
walaupun ilmu pengetahuan yang akan disampaikan mungkin dari aliran
yang agak berbeza.
4.
Para pengamal
pengubatan secara batin atau spiritual yang ingin memahami dan menguasai ilmu-ilmu
pengetahuan yang bakal disampaikan baik dari aspek zahir (petua,
logistik dll) mahupun batin (spiritual, amalan dll) dan sanggup
berfikiran terbuka untuk mengetahuinya.
5. Sesiapa sahaja
(di
kalangan anda) yang sanggup berfikiran
terbuka dan sanggup berminda optimistik, serta tidak terlalu
terpengaruh dengan
cerita-cerita di televisyen yang menayangkan segala keburukan,
keganasan dan kekasaran seorang ahli beladiri. Ataupun tidak terlalu
terpengaruh dengan cerita-cerita yang menayangkan segala keburukan dan
kejahatan tentang “kedukunan” seolah-olah semua ahli
beladiri atau semua pengamal pengubatan secara batin ini adalah
jahat-jahat belaka. Anda perlu faham
bahawa
baik dan buruk itu ada di mana-mana, dan begitu jugalah dalam dunia
kependekaran, kebatinan dan seumpamanya.
Sebenarnya, individu itu sendirilah yang akan menentukan jalan yang
akan
dilaluinya nanti berpandukan apa jua ilmu pengetahuan yang telah
dipelajari,
sama ada untuk kebaikan ataupun kejahatan.
6. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang ingin memahami
rahsia-rahsia kependekaran dan kebatinan pendekar-pendekar
handalan di zaman silam seperti
Hang Tuah,
Hang Jebat, Tok Janggut, Megat Terawih, Mat Salleh dan seumpamanya.
7. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang ingin memahami
rahsia-rahsia dunia pengubatan secara batin atau spiritual yang
sememangnya telah wujud sejak zaman dahulukala lagi dan sanggup faham
bahawa ilmu pengetahuan seumpama itu sebenarnya masih ada dan tersimpan
di dada golongan tertentu dalam masyarakat kita.
8. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang sanggup membuka
minda dan hati untuk memahami dunia kependekaran (berbilang
cabang dan jenis) dari pelbagai sudut
termasuk aspek-aspek zahir luaran (seperti penguasaan teknik, kemampuan
fizikal, ketangkasan dll) mahupun aspek-aspek dalaman (seperti
kebatinan, spiritual, rohaniah, amalan dll).
9. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang ingin mempelajari
dengan pantas segala cabang atau selok-belok seni
kependekaran (zahir mahupun batin) tanpa perlu pergi
merantau ke seluruh
pelosok gelanggang, pertapaan, perguruan, daerah dan benua semata-mata
ingin mempelajari, seterusnya
menguasai ilmu-ilmu pengetahuan seumpama itu yang sememangnya amat
jarang
didedahkan.
10.
Sesiapa
sahaja (di
kalangan anda) yang mengakui bahawa ilmu Allah itu amat
luas dan tidak sekali berfikir secara negatif dengan
keegoan bahawa tiada wujud ilmu pengetahuan (tentang seni kependekaran
dari pelbagai aspek - zahir mahupun batin) seperti yang
bakal
dinyatakan.
11.
Sesiapa
sahaja (di
kalangan anda) yang sanggup membuang
jauh keegoan dan membuka hati untuk berkongsi
ilmu pengetahuan sesama manusia,
sesungguhnya ilmu Allah sangat luas.
* *
* * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * *
FAEDAH-FAEDAH KOLEKSI SENI
WIRAWAN UNTUK ANDA
Berikut
disenaraikan faedah-faedah yang akan anda perolehi dengan memiliki
ebook-ebook yang terdapat di dalam Koleksi Seni Wirawan
ini:-
IA AKAN MENJADI
PELINDUNG BUAT ANDA DAN KELUARGA DARIPADA SEBARANG JENAYAH YANG
SEMAKIN BERLELUASA
* Dewasa ini, pada zaman moden yang serba-serbinya berubah. Di mana
semakin sukar kita menemui adap sopan, hormat-menghormati,
bantu-membantu atau mengambil berat terhadap orang-orang di sekeliling.
Malah, ada yang tidak kenal pun siapa jiran di sebelah mereka. Keadaan
ini memudahkan para penjenayah melakukan aktiviti mereka. Siapakah yang
akan datang menolong sewaktu anda mengalami keadaan yang tidak diingini
sekiranya ia terjadi terhadap anda atau keluarga anda? 'Sahabat' yang
terbaik buat anda dalam keadaan anda benar-benar memerlukan sebegitu
adalah "segala ilmu di dada". Pelbagai cabang dan jenis ilmu
keperwiraan (sebagaimana yang terdapat di dalam ebook-ebook Koleksi
Seni Wirawan ini) akan mampu menjadi perisai yang ampuh buat anda
dan keluarga pada saat-saat genting tersebut. Maka, beramalah sebelum
terlambat!
ANDA AKAN MAMPU MENJADI
PENYEMBUH ATAU PERAWAT KEPADA AHLI KELUARGA ANDA BAIK DARIPADA PENYAKIT
BIASA ATAUPUN GHAIB
* Dengan mempelajari, sekaligus mempraktikkan
apa yang diajarkan melalui ebook-ebook yang terdapat di dalam Koleksi
Seni Wirawan ini, anda akan mampu menjadi penyembuh atau perawat kepada
ahli-ahli keluarga anda baik daripada penyakit biasa ataupun penyakit
yang berpunca daripada unsur-unsur ghaib. Dunia ini sangat luas dengan
manusia serta makhluk yang pelbagai ragam. Adakah jaminan bahawa di
sepanjang kehidupan anda dan keluarga, atau tiadakah kemungkinan
sesuatu yang tidak diingini seperti itu bakal terjadi? Sebelum
segala-galanya terlambat, inilah masa yang sesuai untuk anda mengisi
segala ilmu di dada.
SEKIRANYA ANDA TERPAKSA
MELEPASKAN TUMBUKAN (ATAU SERANGAN), IA ADALAH TUMBUKAN YANG PENUH
BERISI DAN AMAT BERBISA
* Saya yakin setiap individu yang pernah
mempelajari ilmu kebatinan (terutamanya ahli-ahli seni silat)
memahami keadaan ini. Pukulan telapak, tendangan atau tumbukan anda
akan menjadi tumbukan yang penuh berisi, penuh berbisa dan amat
merbahaya. Sebab itulah, salah satu pantang-larang yang perlu diikuti
oleh setiap pengamal ilmu batin pahlawan adalah jangan melepaskan
pukulan (hatta tamparan ringan sekalipun) terhadap orang-orang yang
tersayang seperti anak, isteri, cucu, saudara atau seumpamanya. Anda
akan lebih faham setelah anda mempelajari dan merasai perbezaannya
nanti.
ANDA DAN ORANG-ORANG
TERSAYANG AKAN MEMILIKI PERISAI YANG AMPUH DARIPADA SERANGAN-SERANGAN
ORANG YANG KHIANAT
* Bak kata orang, "Rambut sama hitam, hati
lain-lain". Perbuatan khianat oleh orang-orang yang menyimpan
sakit hati dan dendam tidak mustahil boleh terjadi terhadap
anda dan keluarga, apatah lagi dalam masyarakat nusantara yang
sememangnya masih wujud pelbagai jenis kepercayaan. Adakah anda sanggup
berdiam diri dan cuma memerhatikan diri anda dan keluarga yang
tersayang menanggung derita kerana perbuatan yang kejam serta tidak
berperi itu? Sahabatku, penuhilah ilmu di dada selagi anda berupaya,
sebelum segala-galanya terlambat. Sesungguhnya, malang itu memang tidak
berbau.
ANDA AKAN MENJADI
PENDEKAR YANG SEJATI DAN BUKANNYA CALANG-CALANG PENDEKAR
* Dalam masyarakat hari ini, di sekeliling
anda sememangnya ramai individu-individu yang pernah mempelajari
malah menguasai pelbagai jenis seni beladiri, baik seni beladiri jenis
seni silat, aikido, tea kwon do, karate, jujitsu, ninjutsu, kendo,
yubiwaza, kung-fu, capoeira, silambam, kuntau, tai chi, hailam dan
pelbagai jenis lagi. Apa yang membezakan anda dengan mereka? Ya! Ilmu
dalaman, ilmu kebatinan atau spiritual di samping keberkesanan
teknik. Ia akan membezakan anda dengan ahli-ahli beladiri lain.
Pelajari segala selok-belok pelbagai cabang dan jenis ilmu keperwiraan
sekarang! Zahir mahupun batin. Pelajari semuanya.. dan jadilah pendekar
yang sejati dan bukannya calang-calang pendekar.
ANDA BAKAL MEMILIKI
KEPAKARAN SEBAGAIMANA PENGAMAL KEBATINAN DAHULUKALA
* Dengan mempelajari segala jenis ilmu
pengetahuan berkenaan dengan aspek kebatinan (baik dalam beladiri
atau pengubatan (sebagaimana yang terkandung di dalam
ebook-ebook Koleksi Seni Wirawan ini), anda bakal memiliki ilmu
pengetahuan yang setaraf dengan pengamal-pengamal kebatinan
dahulukala. Ilmu-ilmu pengetahuan sebegini sememangnya amat jarang
didapati apalagi untuk dipelajari. Ini adalah satu-satunya peluang
untuk anda mempelajari dan menguasainya.
ANDA BAKAL MEMILIKI
ILMU KEPERWIRAAN SEBAGAIMANA PENDEKAR-PENDEKAR HANDALAN DI ZAMAN
SILAM
* Dengan mempelajari pelbagai cabang dan jenis
ilmu keperwiraan - zahir mahupun batin (sebagaimana yang terkandung di
dalam ebook-ebook Koleksi Seni Wirawan ini), anda bakal memiliki
ilmu-ilmu pengetahuan berkaitan dengan pelbagai aspek kependekaran yang
setaraf dengan pendekar-pendekar handalan di zaman silam. Tentu anda
pernah mendengar nama-nama besar dalam dunia kependekaran seperti Hang
Tuah, Hang Jebat, Megat Terawih, Tok Janggut dan seumpamanya. Adakah
anda fikir tiada sebab mengapa mereka sehebat itu? Tentu ada sebabnya..
dan sebahagiannya adalah kerana penguasaan pelbagai aspek ilmu
keperwiraan dan kebatinan yang hebat, di samping ketangkasan bermain
senjata, karisma, keberanian dan seumpamanya.
ANDA TIDAK PERLU
MERANTAU JAUH DAN MENGHABISKAN MASA BEHARGA UNTUK MENCARI
GURU-GURU YANG MAHIR
* Dengan adanya penulisan yang amat jarang
didedahkan ini, berkaitan dengan pelbagai cabang dan jenis ilmu
keperwiraan - zahir mahupun batin, anda tidaklah perlu bersusah payah
merantau jauh ke seluruh benua, daerah, perguruan, gelanggang atau
pertapaan dan anda tidaklah perlu menghabiskan masa
beharga semata-mata untuk mencari guru-guru beladiri atau
guru-guru kebatinan yang mahir. Ini kerana anda akan mampu mempelajari,
melakukan dan menguasainya sendiri mengikut kemahuan anda sendiri dan
dalam keselesaan rumah anda sendiri. Kerana itu jugalah ebook seumpama
ini ditulis, salah satu sebabnya adalah untuk memudahkan anda.
TIDAK AKAN ADA ISTILAN
"KETAKUTAN" DI DALAM DIARI HIDUP ANDA
* Ketakutan boleh datang dalam
pelbagai bentuk termasuklah ketakutan terhadap serangan penjenayah,
kebakaran harta-benda serta kediaman, ketakutan terhadap penyakit yang
datang secara nyata ataupun ghaib, ketakutan terhadap perbuatan khianat
orang yang mendendami, ketakutan terhadap pelbagai malapetaka yang
mungkin dan pelbagai lagi. Dengan mempelajari, memahami dan menguasai
ilmu-ilmu pengetahuan yang terkandung di dalam ebook-ebook Koleksi Seni
Wirawan ini, tiada lagi istilah "ketakutan" di dalam diari hidup anda
mahupun keluarga. Semuanya akan menjadi remeh buat anda kerana anda
berkemampuan dari aspek fizikal, kekuatan, kebatinan mahupun spiritual,
anda boleh melihatnya dengan mata hati dan mampu menyelesaikannya
sendiri tanpa pertolongan orang-orang yang dianggap mahir yang belum
pasti keberkesanannya.
MENAMBAH
KEKUATAN ZAHIR MAHUPUN BATIN AGAR ANDA LEBIH BERSEDIA SEPANJANG
MASA
* Dengan mempelajari pelbagai cabang dan jenis
ilmu keperwiraan - zahir mahupun batin yang merupakan amalan
turun-temurun orang-orang dahulukala (sebagaimana yang terkandung di
dalam ebook-ebook Koleksi Seni Wirawan ini), anda akan mampu
membangkitkan kekuatan dan "aura pendekar" yang telah lama
terpendam di dalam diri anda.. cuma anda yang tidak menyedarinya. Ia
akan menjadikan anda agar lebih bersedia sepanjang masa. Bak kata
pepatah, "Malang tidak berbau". Anda akan lebih bertenaga, lebih
tangkas, lebih peka, lebih tahan daripada pelbagai serangan fizikal
mahupun ghaib yang mungkin terjadi.
ANDA DAN KELUARGA BOLEH
HIDUP DENGAN LEBIH AMAN DAN TENTERAM TANPA SEBARANG GANGGUAN
* Dalam kehidupan seharian, tidak
diketahui sama ada anda atau mana-mana ahli keluarga anda pernah
melukai hati sesiapa. Tidak diketahui sama ada terdapat
perasaan-perasaan iri hati, hasad dengki atau dendam di hati
orang-orang tertentu terhadap anda mahupun keluarga.. atas apa jua
sebab sekalipun. Dengan mempelajari, mengamalkan dan menguasai pelbagai
kemahiran yang terdapat di dalam ebook-ebook Koleksi Seni Wirawan
ini, anda dan keluarga akan mampu hidup dengan lebih aman dan tenteram
tanpa sebarang gangguan kerana anda tahu untuk menanganinya,
berkemampuan, punyai kekuatan serta sedar akan kehadiran sebarang
musibah dan tidak akan mudah leka dalam kehidupan. Semuanya bakal anda
pelajari nanti.
HARIMAU MATI
MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA
* Sekiranya anda memiliki ilmu pengetahuan dan amalan-amalan yang
hebat, juga berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan tanahair dengan
kebolehan yang anda miliki itu, anda tentu akan dikenang dan diingati
selalu kerana sumbangan tersebut. Bak kata pepatah, "Harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Anak-cucu-cicit
anda tentu akan mengingati dan mengenang anda sebagai seorang yang
berilmu tinggi serta berjasa besar kepada masyarakat. Ia akan menjadi
kebanggaan buat generasi-generasi anda yang akan datang..
PENGUASAAN TERHADAP
PELBAGAI CABANG DAN JENIS ILMU KEPERWIRAAN - ZAHIR DAN BATIN AKAN
MENJADIKAN ANDA PENDEKAR YANG SEBENAR
* Segala apa yang bakal anda pelajari dan
kuasai di dalam ebook-ebook Koleksi Seni Wirawan ini adalah pelbagai
cabang dan jenis ilmu keperwiraan - zahir dan batin yang akan
menjadikan anda pendekar yang sebenar. Tiada satu pun ciptaan atau
khayalan penulis semata-mata, semuanya dari awal sehingga ke akhirnya
adalah merupakan amalan turun-temurun para pengamal beladiri
(terutamanya seni silat) dan pengamal kebatinan dahulukala. Ilmu-ilmu
pengetahuan yang hampir hilang dan luput di muka bumi ini. Kini,
masanya ia diturunkan kepada anda, agar tidak luput dek zaman. Maka,
dengan penguasaan terhadapnya, anda pasti menjadi pendekar yang
sebenar.. pendekar yang menguasai setiap inci ilmu keperwiraan - zahir
dan batin.
ANDA AKAN LEBIH
BERSEMANGAT SETIAP HARI DAN SENTIASA BERASA HEBAT
* Dengan menguasai ilmu-ilmu pengetahuan dan
amalan-amalan yang jarang dimiliki oleh kebanyakan orang, anda akan
menjadi lebih bersemangat setiap hari dan sentiasa akan berasa hebat.
Perasaan ini bukannya datang kerana paksaan atau sengaja dilakukan
("buat-buat"), tetapi ia datang kerana sememangnya anda telah menjadi
orang yang "baru". Anda akan faham setelah anda mempelajari dan
mengalaminya sendiri.
ANDA AKAN SENTIASA
KELIHATAN HEBAT DAN PENUH KARISMA PADA PANDANGAN ORANG-ORANG DI
SEKELILING ANDA
* Dengan memiliki dan menguasai ilmu-ilmu
pengetahuan dan amalan-amalan yang jarang ditemui seperti yang
terkandung di dalam ebook-ebook Koleksi Seni Wirawan ini, anda akan
sentiasa kelihatan hebat dan penuh karisma pada pandangan
orang-orang di sekitar anda. Mereka akan memerhatikan anda dengan
perasaan penuh iri hati dan berhasrat untuk menjadi sehebat anda. Di
dalam diam, anda akan menjadi ikon buat mereka.
ANDA AKAN DIGERUNI
OLEH LAWAN DAN DIKAGUMI OLEH KAWAN
* Dengan kewibaan, pengetahuan yang mendalam
dan penguasaan terhadap pelbagai cabang dan jenis ilmu keperwiraan -
zahir mahupun batin, anda akan digeruni oleh setiap lawan dan dikagumi
oleh setiap kawan di sekeliling anda. Kawan akan menyanjungi anda dan
lawan pula tentu akan memilih untuk tidak memusuhi anda kerana berkawan
dengan anda adalah lebih baik daripada menjadi musuh. Segala apa yang
telah anda pelajari dan kuasai itu tampak begitu hebat di mata
mereka.
MASYARAKAT DI
SEKELILING AKAN MENGHORMATI DAN MENYANJUNGI ANDA
* Anda akan disegani, dihormati dan disanjungi
oleh masyarakat di sekeliling. Kerana anda memiliki apa yang tidak
dimiliki oleh kebanyakan orang. Anda punya ilmu pengetahuan
sebagaimana seorang pakar yang mengetahui segala aspek-aspek
tentangnya. Malah, anda boleh menjadi guru beladiri atau kebatinan
sekiranya anda mahu.
ANDA AKAN MENJADI
PAKAR RUJUK BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN DALAM HAL-EHWAL ILMU
KEPERWIRAAN
* Sudah pasti anda akan menjadi tempat rujukan
utama buat teman-teman seperjuangan dalam hal-ehwal berkenaan dengan
pelbagai cabang dan jenis ilmu keperwiraan - zahir mahupun batin. Anda
adalah seorang pakar pada pandangan mereka setelah mengetahui
kelebihan yang anda miliki nanti.
SESIAPA SAHAJA AKAN
MEMILIH UNTUK MENJADI KAWAN DAN BUKANNYA MENJADI LAWAN ANDA
* Dengan penguasaan terhadap ilmu-ilmu
pengetahuan dan amalan-amalan yang hebat, sesiapa sahaja di sekeliling
anda akan lebih suka memilih untuk menjadi kawan anda daripada menjadi
lawan anda. Keadaan ini akan terjadi apabila mereka merasakan bahawa
anda memiliki sesuatu yang lebih baik daripada mereka. Sama ada dari
segi ilmu pengetahuan, kekuatan, potensi, karisma atau seumpamanya.
* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * *
 
* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * *
JAMINAN
KEPUASAN
|
Kami memberi
jaminan wang anda akan
dikembalikan dalam masa 30 hari dari tarikh
pembelian jika anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan produk
(ebook-ebook) yang telah anda terima dan percaya bahawa ia tidak
langsung memberi sebarang faedah kepada anda.

Perhatian: Anda perlu menerangkan
sebab-sebab yang munasabah mengapa anda tidak berpuas hati terhadap
produk (ebook-ebook) tersebut. Kemudian, barulah wang anda
dikembalikan. Kami sedaya-upaya mengutamakan kepuasan anda, terutamanya
dari segi kualiti produk dan servis.
|
* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
|