* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
19
kitab (kini dalam bentuk ebook) sedia ada yang terdapat
di dalam Koleksi
Seni Wirawan adalah ditulis oleh saudara Suhadi Sahari (Anjang
Adi - di kalangan keluarga dan anak-anak buah). Ia
ditulis berdasarkan pengalaman peribadi beliau semasa mudanya serta
kajian dan study
yang dilakukan ke atas orang-orang yang berpengalaman, kitab-kitab
kuno,
catatan-catatan persendirian dan seumpamanya.
Penulis dilahirkan di kalangan keluarga yang bergiat di dalam soal-soal
spiritual,
pengubatan secara batin dan tradisional. Ayah penulis (Pak Sari)
merupakan
seorang pengamal pengubatan secara batin (dan tradisional) yang lebih
menumpu
terhadap masalah kanak-kanak dan kaum lelaki. Sementara ibu penulis
(Mak Ham)
adalah seorang guru mengaji di sebuah kampung di samping menumpu kepada
pengubatan secara batin masalah-masalah kaum wanita. Ibu saudara
penulis (Buk
Unai) juga adalah guru mengaji di sebuah perkampungan yang lain. 2
orang bapa
saudara beliau juga merupakan pengamal pengubatan secara batin di
kawasan
masing-masing. Iaitu lebih dikenali dengan nama Pak Wan (masih aktif)
dan
Anjang Opok (telah meninggal). Salah seorang guru beladiri (silat)
penulis pula
(Guru Kasim) adalah orang yang mempunyai hubungan keluarga dengan ayah
penulis
sendiri (Pak Sari).
Penulis
adalah anak ke-2 daripada 5 orang adik-beradik.
Dalam 5 orang adik-beradik ini, tiada seorang pun yang mempunyai minat
mendalam
berkaitan dengan ilmu pengetahuan seumpama itu kecuali penulis.
Sejak
berumur 12 tahun, penulis telah didedahkan dengan
pengetahuan seumpamanya, walaupun pada mulanya cuma sebagai teman
Pak Wan
(bapa saudara beliau). Sejak berumur 16 tahun (1989) mula menulis dan
menyimpan
pelbagai manuskrip kuno berkaitan dengan ilmu pengetahuan berkaitan,
dan sejak
itu mula membiasakan diri dengan seni beladiri.
Ketika
berumur 19 tahun, beliau pernah menjadi jurulatih
muda sebuah pertubuhan seni silat di kampung beliau (ketika itu) di
bawah
tunjuk ajar Guru Kasim (salah seorang guru silat beliau). Semasa
berumur 23
tahun merupakan salah seorang ahli Rumpun Silat Sarawak di bawah sebuah
persatuan silat yang lain (kerana bermastautin ke tempat lain).
Diringkaskan,
penulis suatu ketika pada zaman remajanya merupakan seorang yang sangat
mendalami, begitu meminati dan malah mampu menghasihkan
manuskrip-manuskrip sendiri berkaitan dengan bidang tersebut.. cuma
dengan sebatang pena dan sebuah nota di tangan. Boleh dikatakan, ia
adalah sebahagian daripada hidup beliau.
* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *