SIAPA YANG PATUT MEMILIKI PAKEJ INI?
Pakej Petua Warisan
ini adalah untuk:-
1.
Para pengamal
pengubatan tradisional yang ingin menambah
ilmu di dada dan sanggup membuka hati dan minda untuk menerima
ilmu-ilmu
pengetahuan seumpamanya, iaitu berkaitan dengan penyelesaian masalah
atau pengubatan menggunakan kaedah-kaedah tradisional, penggunaan
herba-herba
tertentu ataupun melalui doa-doa tertentu (yang juga disebut pengubatan
alternatif).
2.
Para pengamal
pengubatan tradisional yang ingin memahami
dan menguasai kaedah penyelesaian masalah dan pengubatan
menggunakan herba-herba tertentu (ataupun
doa-doa tertentu) dan sanggup berfikiran terbuka untuk mengetahuinya.
Maknanya,
tidak fanatik kepada cara pengubatan moden sahaja.
3. Isteri-isteri atau
suami-suami yang ingin menceriakan
rumahtangga masing-masing dengan mengamalkan kaedah-kaedah
tradisional
menggunakan sumber-sumber alami untuk kesihatan dan kecantikan diri,
untuk
kekuatan tenaga batin dan seumpamanya. Ia adalah salah satu daripada
ikhtiar
yang boleh anda lakukan.
4. Lelaki atau wanita
yang ingin kelihatan tampan, segak,
ayu jelita. Dan lelaki atau wanita yang ingin memelihari soal-soal tenaga batin
melalui cara-cara tradisional menggunakan petua-petua tertentu,
herba-herba
tertentu atau doa-doa tertentu tanpa penggunaan
ubat-ubatan moden. Pakej Petua Warisan ini mampu membantu anda
untuk memenuhi impian anda itu. Apa yang penting adalah anda
mempelajarinya,
menghayatinya, faham dan mengamalkannya. Insyaallah akan berhasil.
5. Suami-suami yang
berpoligami (berkahwin lebih daripada
satu) iaitu untuk menjaga kesihatan, menjaga keupayaan lelaki anda (tenaga
batin) dan agar anda sentiasa awet
muda. Tidak perlu anda berbelanja besar
membeli ubat-ubatan moden yang mempunyai kesan-kesan sampingan yang
merbahaya
sedangkan anda sendiri akan mampu melakukannya setelah mempelajarinya
sendiri.
6. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang ingin mempelajari
kaedah penyelesaian masalah dan pengubatan menggunakan
petua-petua tradisional dalam kehidupan seharian, baik dalam
urusan kesihatan, rumahtangga dan lain-lain. Petua-petua tradisional
ini
sememangnya telah wujud sejak zaman dahulukala lagi. Malah,
produk-produk
kecantikan dan kesihatan tempatan (atau luar negara) juga ada yang
diformulasikan berdasarkan bahan-bahan semulajadi seperti itu.
7. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang sanggup membuka
minda dan hati untuk memahami petua-petua warisan zaman tanpa
membuat
kesimpulan awal yang negatif tentang kaedah alternatif ini. Bak kata
orang,
“Hanya jauhari yang mengenal maknikam” dan “Tak kenal
maka tak cinta”.
8. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang sanggup membuka
hati untuk berkongsi ilmu pengetahuan
sesama manusia, sesungguhnya ilmu Allah
sangat luas.