* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * *
Assalamu'alaikum
dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian.
PENGENALAN
Koleksi
Seni Wirawan merupakan himpunan
19 kitab-kitab yang amat jarang sekali didedahkan yang seterusnya
dikumpulkan
menjadi satu dan dinamakan “Koleksi Seni Wirawan”.
Ia merupakan satu koleksi
kitab-kitab yang sukar ditemui dan jarang didengar.
19
kitab yang sedia ada (kini dalam
bentuk ebook) adalah ditulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis
sendiri semasa
mudanya serta kajian dan study yang dilakukan ke atas orang-orang yang
berpengalaman, kitab-kitab kuno, catatan-catatan persendirian dan
seumpamanya.
Dengan
lain perkataan, tajuk-tajuk yang terdapat di dalam
Koleksi Seni Wirawan ini merupakan adaptasi daripada pengalaman,
catatan-catatan penulis sendiri (sejak sekitar tahun 1989) serta
kajian (study) yang
beliau lakukan di sepanjang tempoh penglibatan beliau. Versi yang anda
lihat
sekarang adalah versi-versi yang telah diteliti dan lebih sesuai untuk
didedahkan. Mana-mana yang tidak harus menjadi pengetahuan umum telah
dikeluarkan (delete) daripada menjadi isi kandungan kitab-kitab
tersebut.
Koleksi
Seni Wirawan mula-mula ditulis pada
tahun 2005 dengan tajuk pertama yang ditulis adalah Ribuan Petua Tradisional,
Ilmu
Pengasih dan Ilmu Pemanis.
Namun, 18 daripada 19 tajuk yang sedia ada (kecuali Seni
Beladiri) telah siap sepenuhnya pada tahun 2006 dan versi yang
ada
sekarang sebenarnya adalah versi ketiga iaitu pembaikan daripada versi
kedua
yang telah disiapkan pada tahun 2007.
SEJARAH KOLEKSI
SENI WIRAWAN
Dengan usia yang semakin
meningkat, seorang hamba Allah berfikir di dalam hati..
"Apakah kesudahan
terhadap ilmu pengetahuan yang ada di dalam diri?".
"Apakah tiada
pewaris kepada segala ilmu-ilmu kebatinan, spiritual, beladiri yang
selama berpuluh tahun cuba dikuasai?".
"Apakah
segala-galanya akan pupus.. bersama dengan kematiannya nanti? Suatu
kematian.. yang akan membawa bersama pupusnya ilmu-ilmu tersebut.."
"Apakah kesudahan ilmu-ilmu pengetahuan tersebut?"
Memandang ke dalam bilik, di suatu sudut
terdapat sebuah rak untuk menempatkan buku. Rak yang dipenuhi
dengan kitab-kitab lama, catatan-catatan peribadi orang-orang
perseorangan, pemberian para guru yang pernah menjadikannya anak murid
dan seumpamanya.. malah di situ juga ditempatkan catatan-catatan
persendirian beliau sendiri yang mula dihimpunkan sejak zaman remaja
lagi, dinaskahkan dengan kemas walaupun semakin hari menjadi lusuh.
Kitab-kitab lama tulisan tahun 50-an, 60-an, 70-an.. yang sehingga kini
tidak diterbitkan lagi. Naskah-naskah jawi kuno dengan bahasa-bahasa
lama juga tersimpan di situ. Di sebuah rak buku, yang bukan cuma buku @
kitab @ naskah bagi pemiliknya.. namun lebih kepada gambaran "siapa
empunyanya".
Di sudut yang sama pula, tersimpan beberapa buah kotak dan beg-beg lama
yang juga semakin lusuh dan berdebu. Di dalamnya pula tersimpan
pemberian-pemberian orang perseorangan, pelbagai tanda mata daripada
beberapa bekas guru yang sebilangannya telah pun meninggal. Tangkal
azimat, minyak doa mentera pelbagai jenis, batu permata, keris, senjata
lama.. malah juga tersimpan satu dua benda yang agak ganjil..
penemuan jauh dari logistik. Hmm.. siapa akan memahaminya? Tiada siapa
yang akan memahaminya.. jika mereka sendiri tidak "mendalami". Sedar
dengan perubahan zaman, perubahan ke arah arus pemodenan.. tiada lagi
orang melihat akan ilmu pengetahuan serta amalan seperti itu. Biarlah
ia begitu...
Sejak beberapa lama, hamba Allah tersebut sering memikirkan perkara
yang sama. Hari silih berganti.. masa terus beredar, akhirnya..
keputusan telah dibuat.. beliau akan 'menulis'. Menulis dan mencurahkan
segala-galanya yang diketahuinya di dalam setiap tulisannya. Maka, pada
tahun 2005 bermulalah tugas tersebut.
"Tugas" adalah kurang tepat untuk menggambarkan apa yang beliau lakukan
kerana apa yang beliau rasakan sebenarnya ia "sesuatu yang telah sedia
ada".. yang selama ini memang dilakukan. Ya! Malah selama ini pun
beliau melakukannya, kecuali kali ini ia (ilmu pengetahuan tersebut)
ditulis di atas kertas.. bukan lagi cuma 'ditulis' di dalam minda dan
di simpan di dalam hati. Perbezaannya, dahulu ia adalah untuk diri
sendiri sahaja, namun kini ia adalah untuk ditinggalkan kepada
anak-cucu-cicit serta untuk generasi akan datang. Jika tujuannya untuk
meninggalkan/ mewariskan segala-galanya, maka tentunya yang dituliskan
itu meliputi segala-galanya. Harapan beliau adalah, agar tiada satu pun
tertinggal untuk dibukukan.
Pada lewat tahun 2005, 3 buah manuskrip telah siap ditulis iaitu (
Ribuan Petua
Tradisional, Ilmu Pengasih dan
Ilmu Pemanis).
Sementara 16 buah manuskrip lagi masih dalam penulisan. Penulisan
diteruskan, sehinggalah pada awal tahun 2006 sebanyak 18 manuskrip
Koleksi Seni Wirawan telah pun disiapkan (kecuali manuskrip
Seni Beladiri).
Seni Beladiri adalah manuskrip yang terakhir sekali disiapkan di
antara manuskrip-manuskrip sedia ada memandangkan isi kandungannya
memerlukan kebolehan untuk melukis teknik-teknik yang diajarkan.
Pada mulanya, tujuan manuskrip-manuskrip tersebut ditulis dan
seterusnya dinaskahkan menjadi kitab-kitab
Koleksi Seni Wirawan
adalah untuk simpanan @ amalan anak-cucu-cicit sahaja. Jadi, segala
ilmu pengetahuan berkaitan semuanya disimpan di dalamnya.. Tanpa
meninggalkan satu pun yang diketahui pada waktu itu. Namun, versi
pertama tidak begitu sesuai untuk bacaan umum. Jadi, ulangkaji telah
dilakukan.
Para saudara dan rakan-rakan seperjuangan ketika itu (termasuk
jurulatih-jurulatih beladiri) yang berminat boleh memilikinya asalkan
tidak disalahgunakan. Daripada saranan merekalah kitab-kitab tersebut
cuba diterbitkan. Pertengahan tahun 2006, isi kandungan setiap kitab
tersebut telah ditapis semula agar lebih sesuai untuk bacaan umum.
Setelah selesai, 2 tajuk kitab iaitu
Ilmu Pengasih
dan
Ilmu Pemanis
telah dipilih untuk cuba diterbitkan. Namun, nampaknya setakat ini (di
Sarawak) tiada seorang penerbit pun yang berani menerbitkan tulisan
ilmiah berupa amalan-amalan lama seperti itu.
Hmm.. namun matlamat asal adalah untuk ditinggalkan kepada
generasi akan datang.. jadi, kitab-kitab tersebut diedarkan juga
melalui kiriman pos (mail order). Ketika itu, sambutan adalah begitu
menggalakkan untuk beberapa tahun pertama sehinggalah kos pengiriman
dan setem dinaikkan oleh pihak pos sehingga 75%. Seterusnya memaksa
penulis mengedarkannya melalui internet. Jadi, untuk tahun 2009,
kitab-kitab tersebut telah di-review semula agar lebih sesuai
(menjadikannya versi ke-3) dan akhirnya dijadikan ebook-ebook
sebagaimana yang ada sekarang. Kitab-kitab (kini dalam bentuk ebook)
Koleksi Seni Wirawan yang
begitu istimewa..