|
* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
ILMU BATIN PAHLAWAN

"...mempunyai 4
tajuk utama, 39 tajuk lanjutan, 180 tajuk kecil dan pelbagai jenis
amalan ilmu kebatinan khusus untuk pahlawan sebagai pelengkap."
SIAPA YANG PATUT
MEMILIKI EBOOK INI?
Ebook
Ilmu
Batin Pahlawan ini adalah untuk:-
1. Guru-guru atau
jurulatih-jurulatih (instruktor) seni
silat (baik di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura atau di
mana jua mereka
berada) yang ingin menambah ilmu
di dada dan sanggup membuka minda untuk
menerima ilmu-ilmu pengetahuan berkaitan (ilmu kebatinan) walaupun ilmu
pengetahuan yang akan disampaikan adalah dari cabang atau rumpun seni
silat yang
lain.
2. Ahli-ahli beladiri lain
(selain daripada seni silat) yang
ingin memahami dan menguasai
seni tersebut (ilmu-ilmu kebatinan) dan sanggup
berfikiran terbuka untuk mengetahuinya.
3. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang sanggup berfikiran
terbuka dan sanggup berminda optimistik, serta tidak terlalu
terpengaruh dengan
cerita-cerita di televisyen yang menayangkan segala keburukan,
kejahatan,
keganasan dan kekasaran seorang ahli beladiri, seolah-olah semua ahli
beladiri
ini adalah jahat-jahat belaka (zahir ataupun batin). Anda perlu faham
bahawa
baik dan buruk itu ada di mana-mana, dan begitu jugalah dalam dunia
kebatinan.
Sebenarnya, individu itu sendirilah yang akan menentukan jalan yang
akan
dilaluinya nanti berpandukan apa jua ilmu pengetahuan yang telah
dipelajari,
sama ada untuk kebaikan ataupun kejahatan.
4. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang ingin memahami
rahsia-rahsia kebatinan pendekar handalan di zaman silam seperti
Hang Tuah,
Hang Jebat, Tok Janggut, Megat Terawih, Mat Salleh dan seumpamanya.
5. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang sanggup membuka
minda dan hati untuk memahami dunia kependekaran dari aspek
ilmu kebatinan.
6. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang ingin mempelajari
dengan pantas selok-belok ilmu kebatinan tanpa perlu pergi
merantau ke seluruh
pelosok gelanggang dan benua semata-mata ingin mempelajari, seterusnya
menguasai ilmu-ilmu pengetahuan seumpama itu yang amat jarang
didedahkan.
7. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang mengakui bahawa ilmu Allah itu amat
luas dan tidak sekali berfikir secara negatif dengan
keegoan bahawa tiada wujud ilmu pengetahuan (kebatinan) seperti yang
bakal
dinyatakan.
8. Sesiapa sahaja (di
kalangan anda) yang sanggup membuang
jauh keegoan dan membuka hati untuk berkongsi
ilmu pengetahuan sesama manusia,
sesungguhnya ilmu Allah sangat luas.
FAEDAH-FAEDAH
EBOOK ILMU BATIN PAHLAWAN UNTUK ANDA
Berikut
disenaraikan faedah-faedah yang akan anda perolehi dengan memiliki
ebook Ilmu Batin
Pahlawan ini:-
IA AKAN MENJADI
PELINDUNG BUAT ANDA DAN KELUARGA DARIPADA SEBARANG JENAYAH YANG
SEMAKIN BERLELUASA
*
Dewasa ini, pada zaman moden yang serba-serbinya berubah. Di mana
semakin sukar kita menemui adap sopan, hormat-menghormati,
bantu-membantu atau mengambil berat terhadap orang-orang di sekeliling.
Malah, ada yang tidak kenal pun siapa jiran di sebelah mereka. Keadaan
ini memudahkan para penjenayah melakukan aktiviti mereka. Siapakah yang
akan datang menolong sewaktu anda mengalami keadaan yang tidak diingini
sekiranya ia terjadi terhadap anda atau keluarga anda? 'Sahabat' yang
terbaik buat anda dalam keadaan anda benar-benar memerlukan sebegitu
adalah "segala ilmu di dada". Ilmu kebatinan (fokus terhadap ilmu batin
pahlawan) akan mampu menjadi perisai yang ampuh buat anda dan
keluarga
pada saat-saat genting tersebut. Maka, beramallah sebelum terlambat!
SEKIRANYA ANDA TERPAKSA
MELEPASKAN TUMBUKAN (ATAU SERANGAN), IA ADALAH TUMBUKAN YANG PENUH
BERISI DAN AMAT BERBISA
* Saya yakin setiap individu yang pernah
mempelajari ilmu kebatinan pahlawan (terutamanya ahli-ahli seni silat)
memahami keadaan ini. Pukulan telapak, tendangan atau tumbukan anda
akan menjadi tumbukan yang penuh berisi, penuh berbisa dan amat
merbahaya. Sebab itulah, salah satu pantang-larang yang perlu diikuti
oleh setiap pengamal ilmu batin pahlawan adalah jangan melepaskan
pukulan (hatta tamparan ringan sekalipun) terhadap orang-orang yang
tersayang seperti anak, isteri, cucu, saudara atau seumpamanya. Anda
akan lebih faham setelah anda mempelajari dan merasai perbezaannya
nanti.
ANDA AKAN MENJADI
PENDEKAR YANG SEJATI DAN BUKANNYA CALANG-CALANG PENDEKAR
*
Dalam masyarakat hari ini, di sekeliling
anda sememangnya ramai individu-individu yang pernah mempelajari
malah menguasai pelbagai jenis seni beladiri, baik seni beladiri jenis
seni silat, aikido, tea kwon do, karate, jujitsu, ninjutsu, kendo,
yubiwaza, kung-fu, capoeira, silambam, kuntau, tai chi, hailam dan
pelbagai jenis lagi. Apa yang membezakan anda dengan mereka? Ya! Ilmu
dalaman dan ilmu kebatinan. Ia akan membezakan anda dengan ahli-ahli
beladiri lain. Pelajari segala selok-belok ilmu kebatinan khusus untuk
pahlawan sekarang! Dan jadilah pendekar yang sejati dan bukannya
calang-calang pendekar.
ANDA BAKAL MEMILIKI
ILMU KEBATINAN SEBAGAIMANA PENDEKAR-PENDEKAR HANDALAN DAHULUKALA
* Dengan mempelajari segala jenis ilmu
kebatinan khusus memfokuskan terhadap kebatinan pahlawan
(sebagaimana yang terkandung di dalam ebook ini), anda bakal memiliki
ilmu kebatinan yang setaraf dengan pendekar-pendekar handalan
dahulukala. Tentu anda pernah mendengar nama-nama besar dalam dunia
kependekaran seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Megat Terawih, Tok Janggut
dan seumpamanya. Adakah anda fikir tiada sebab mengapa mereka sehebat
itu? Tentu ada sebabnya.. dan sebahagiannya adalah kerana penguasaan
ilmu kebatinan yang hebat, di samping ketangkasan bermain senjata,
karisma, keberanian dan seumpamanya.
ANDA TIDAK PERLU
MERANTAU JAUH DAN MENGHABISKAN MASA BEHARGA UNTUK MENCARI GURU-GURU
KEBATINAN YANG MAHIR
* Dengan adanya penulisan yang amat jarang
didedahkan ini, berkaitan dengan ilmu kebatinan pahlawan yang juga amat
sukar didapati, anda tidaklah perlu bersusah payah merantau jauh ke
seluruh daerah, gelanggang atau pertapaan dan anda tidaklah perlu
menghabiskan masa beharga semata-mata untuk mencari
guru-guru kebatinan (silat batin) yang mahir. Ini kerana anda akan
mampu mempelajari, melakukan dan menguasainya sendiri mengikut kemahuan
anda sendiri dan dalam keselesaan rumah anda sendiri. Kerana itu
jugalah ebook seumpama ini ditulis, salah satu sebabnya adalah untuk
memudahkan anda.
MENAMBAH
KEKUATAN ZAHIR MAHUPUN BATIN AGAR ANDA LEBIH BERSEDIA SEPANJANG
MASA
* Dengan mempelajari pelbagai amalan
turun-temurun yang terkandung di dalam ebook ini, anda akan mampu
membangkitkan kekuatan diri anda baik dari aspek zahir mahupun batin
agar anda lebih bersedia sepanjang masa. Bak kata pepatah, "Malang
tidak berbau". Anda akan lebih bertenaga, lebih tangkas, lebih peka,
lebih tahan daripada pelbagai serangan fizikal mahupun ghaib yang
mungkin terjadi. Anda akan merasai kehebatan ilmu-ilmu batin pahlawan
setelah anda menguasainya nanti.
ANAK-CUCU-CICIT AKAN
MENYIMPAN HARAPAN UNTUK MENGIKUT JEJAK LANGKAH ANDA
* Sekiranya anda memiliki keupayaan yang hebat, tenaga dan kemampuan
yang lebih baik, ilmu pengetahuan yang mendalam tentang ilmu-ilmu
kebatinan pahlawan, sudah tentu
anak-cucu-cicit anda akan menyimpan impian untuk mengikut jejak langkah
anda, walaupun mungkin anda telah lama tiada.
Bak kata orang, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama". Mereka tentu ingin menjadi sehebat anda suatu hari
nanti.
PENGUASAAN TERHADAP
ILMU-ILMU BATIN PAHLAWAN MENJADIKAN ANDA PENDEKAR YANG SEBENAR
* Segala apa yang bakal anda pelajari dan
kuasai di dalam ebook ini adalah amalan-amalan kebatinan khusus
memfokus terhadap kependekaran. Tiada satu pun ciptaan atau
khayalan penulis semata-mata, semuanya dari awal sehingga ke akhirnya
adalah merupakan amalan turun-temurun para pengamal seni silat
(guru-guru silat) dahulukala. Kini, masanya ia diturunkan kepada anda,
agar tidak luput dek zaman. Maka, dengan penguasaan terhadapnya, anda
pasti menjadi pendekar yang sebenar.. pendekar yang menguasai setiap
inci ilmu kependekaran, apalagi ilmu kebatinan (sebagaimana yang bakal
anda pelajari melalui ebook ini).
ILMU BATIN PAHLAWAN
JUGA MENJAMIN KESIHATAN ANDA, ZAHIR DAN BATIN
* Tahukah anda? Sebenarnya, jenis
ilmu-ilmu kebatinan yang khusus untuk para pendekar dapat menjamin
kesihatan anda, luaran mahupun dalaman. Kenapa? Kerana, sebahagian
daripada amalan-amalan ini melibatkan teknik pernafasan yang tertib
bertempoh, sebahagiannya pula melibatkan pergerakan anggota (sama ada
sebahagian anggota ataupun keseluruhan anggota badan), sebahagiannya
pula diamalkan setelah bersembahyang, sebahagiannya perlu berpuasa,
sebahagiannya berpantang.. contohnya selama tempoh beramal perlu
mengelakkan makanan bernyawa dan seumpamanya. Untuk anda lebih faham,
sembahyang dijadikan contoh.. penglibatan keseluruhan anggota badan,
semasa takbir, ruku', sujud, tahaiyat dan seumpamanya berulang-ulang.
Pergerakan-pergerakan (amalan-amalan) ini jika dilakukan dengan
konsisten, insyaallah akan menjamin kesihatan yang sempurna.
MEMPERBAIKI PEREDARAN
DARAH KE SELURUH TUBUH DAN MENYIHATKAN JANTUNG ANDA
* Sebahagian amalan-amalan kebatinan (yang
terdapat di dalam ebook ini) perlu dilakukan dengan tindakan mengurut,
juga bersama pernafasan yang tertib. Urutan melancarkan peredaran
darah, begitu juga pernafasan yang tertib. Dengan kelancaran peredaran
darah, otot jantung anda juga akan menjadi lebih kuat, oksigen
dapat disalurkan dengan lebih cekap, dan secara tidak langsung
akan mengurangkan risiko-risiko penyakit merbahaya seperti
penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan seumpamanya.
ANDA AKAN LEBIH
BERSEMANGAT SETIAP HARI DAN SENTIASA BERASA HEBAT
* Dengan menguasai ilmu-ilmu pengetahuan dan
amalan-amalan yang jarang dimiliki oleh kebanyakan orang, anda akan
menjadi lebih bersemangat setiap hari dan sentiasa akan berasa hebat.
Perasaan ini bukannya datang kerana paksaan atau sengaja dilakukan
("buat-buat"), tetapi ia datang kerana sememangnya anda telah menjadi
orang yang "baru". Anda akan faham setelah anda mempelajari dan
mengalaminya sendiri.
KEKASIH, ISTERI ATAU
KELUARGA ANDA AKAN LEBIH MENGHORMATI, LEBIH MENYANJUNGI DAN MENGAKUI
KEHEBATAN
ANDA
* Dengan ilmu pengetahuan dan amalan yang hebat, ketrampilan dan
kemampuan yang anda miliki, sudah tentu orang-orang tersayang seperti
kekasih, isteri atau keluarga anda akan lebih menghormati,
lebih menyanjungi dan lebih menyayangi anda, sekaligus mengakui
kehebatan diri anda.
ANDA AKAN SENTIASA
KELIHATAN HEBAT DAN PENUH KARISMA PADA PANDANGAN ORANG-ORANG DI
SEKELILING
ANDA
* Dengan memiliki dan menguasai ilmu-ilmu
pengetahuan dan amalan-amalan yang jarang ditemui seperti itu, anda
akan sentiasa kelihatan hebat dan penuh karisma pada pandangan
orang-orang di sekitar anda. Mereka akan
memerhatikan anda dengan perasaan penuh iri hati dan berhasrat untuk
menjadi sehebat anda. Di dalam diam, anda akan menjadi ikon buat mereka.
ANDA AKAN DIGERUNI
OLEH LAWAN DAN DIKAGUMI OLEH KAWAN
* Dengan kewibaan, pengetahuan yang mendalam
berkaitan ilmu kebatinan, penguasaan terhadapnya, anda akan
digeruni oleh setiap lawan dan dikagumi oleh setiap kawan di sekeliling
anda. Kawan akan menyanjungi anda dan lawan pula tentu akan memilih
untuk tidak memusuhi anda kerana berkawan dengan anda adalah lebih baik
daripada menjadi musuh. Segala apa yang telah anda pelajari dan kuasai
itu tampak begitu hebat di mata mereka.
MASYARAKAT DI
SEKELILING AKAN MENGHORMATI DAN MENYANJUNGI ANDA
* Anda akan disegani, dihormati dan disanjungi
oleh masyarakat di sekeliling. Kerana anda memiliki apa yang tidak
dimiliki oleh kebanyakan orang. Anda punya ilmu pengetahuan
sebagaimana seorang pakar kebatinan yang mengetahui segala aspek-aspek
tentangnya. Malah,
anda boleh menjadi guru (atau jurulatih) beladiri sekiranya anda
mahu.
ANDA AKAN MENJADI
PAKAR RUJUK BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN DALAM HAL-EHWAL ILMU
KEBATINAN PAHLAWAN
* Sudah pasti anda akan menjadi tempat rujukan
utama buat teman-teman seperjuangan dalam hal-ehwal berkenaan dengan
ilmu kebatinan pahlawan. Anda adalah seorang pakar pada pandangan
mereka setelah mengetahui kelebihan yang anda miliki nanti.
SESIAPA SAHAJA AKAN
MEMILIH UNTUK MENJADI KAWAN DAN BUKANNYA MENJADI LAWAN ANDA
* Dengan penguasaan terhadap ilmu-ilmu
pengetahuan dan amalan-amalan yang hebat, sesiapa sahaja di sekeliling
anda akan lebih suka
memilih untuk menjadi kawan anda daripada menjadi lawan anda. Keadaan
ini akan terjadi apabila mereka merasakan bahawa anda memiliki sesuatu
yang lebih baik daripada mereka. Sama ada dari segi ilmu pengetahuan,
kekuatan, potensi, karisma atau seumpamanya.
* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * *
 
* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * *
JAMINAN KEPUASAN
|
Kami memberi
jaminan wang anda akan
dikembalikan dalam masa 30 hari dari tarikh
pembelian jika anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan produk
(ebook-ebook) yang telah anda terima dan percaya bahawa ia tidak
langsung memberi sebarang faedah kepada anda.

Perhatian: Anda perlu menerangkan
sebab-sebab yang munasabah mengapa anda tidak berpuas hati terhadap
produk (ebook-ebook) tersebut. Kemudian, barulah wang anda
dikembalikan. Kami sedaya-upaya mengutamakan kepuasan anda, terutamanya
dari segi kualiti produk dan servis.
|
* * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
|